Jumaat, 7 Disember 2012

Cinta Allah


PERNAHKAH anda menangis? mestilah pernahkan ?

Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? 

Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis. Banyak air mata mengalir di dunia ini. 
Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti. Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. 

Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah:
 

1.   Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. 
2.   Menangis kerana rasa takut. 
3.   Menangis kerana cinta. 
4.   Menangis kerana gembira. 
5.   Menangis kerana menghadapi penderitaan. 
6.   Menangis kerana terlalu sedih.
7.   Menangis kerana terasa hina dan lemah. 
8.   Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. 
9.   Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. 
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis. 

Simpanlah air mata tangisan itu semua sebagai bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang melanda diri, segala dosa berbentuk bintik hitam yang menggelapkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Justeru, serulah air mata itu daripada persembunyiannya di sebalik kelopak mata, agar ia menitis, membasahi dan mencuci hati, sehingga ia putih kembali dan semoga ia dapat meleburkan dosa dan mendapat keampunan-Nya.

air mata sifat semulajadi manusia . hargailahnya . jangan gunakannye untuk benda yang salah , sedih sebab kekasih curang , putus cinta , itu sume xde guna sayang . menangislah kerana cinta kita kepada Nabi Muhammad yang sangat cintakan umatkannya . Menangislah kerana kekuasaan Allah ! Jadilah hamba yang taat pada perintah-Nya . Allahhuakbar ! 

1 ulasan: